Cas hospital kerajaan dijangka naik 50% mulai 1 Disember 2016.

KOSMO - 14 November 2016
Cas hospital kerajaan dijangka naik 50% mulai 1 Disember 2016.
Yang masih belum memiliki kad perubatan tunggu apa lg?? Jom menyimpan duit ke takaful.
Hubungi saya untuk temujanji..Penerangan secara PERCUMA.
Tel/whatsapp : 012-5497643

Ok ke kalau ambil Plan Takaful untuk baby?


"Ok ke kalau ambil Plan Takaful untuk baby?"
"Ok sangat. Paling ok kalau ambil seawal 14 hari. Caruman murah, Perlindungan tinggi, Rawatan percuma di hospital swasta dan macam2 lagi. Dan pakej ini dikenali sebagai ( Intelek Education Plan) ."
"Nanti kalau anak kita dah besar, bila nak masuk IPTA/IPTS, time tu dah ada dana yang mencukupi untuk anak lanjutkan pelajaran. Tak perlu lagi pinjam PTPTN atau loan mane2."
"Biasanya untuk baby RM4.00 - RM6.00 jer sehari."
3 dalam 1 Plan
( Protection + Medical Card + Saving )
------------------------------------
Mulalah apply dari sekarang untuk anak-anak anda. InsyaAllah Takaful akan membantu merancang masa depan anak2 anda.

Sholihin Mohamood
0125497643
Perunding Sepenuh Masa
Etiqa Takaful Berhad

Air oh Air !! Drip oh my drip !!

Air oh Air!! Drip oh my drip!!
Air merupakan asas kehidupan.
Bergantung kepada peringkat umur dan jantina, badan manusia mengandungi lebih kurang 60% ke 70% air!
Air!!
H20!
Water! Atau nama lebih glamernya:
Dihydrogenmonoksida!
Air juga merupakan asas kepada rawatan perubatan.
Terdapat pelbagai reaksi tentang air drip yang di berikan kepada pesakit di dalam wad.
Seorang Atuk, petani yang sedang menunaikan ibadah haji, mengalami keletihan yang amat akibat kekurangan air di dalam badan (dehydrated), memerlukan rawatan air drip ini.
"Masuk wad di Mekah, Doktor bagi drip sampai 11 botol! Alhamdulillah lega sehat segar dapat beribadat semula!" Kagum beliau bercerita kepada cucunya yang menulis artikel ini. Kagum juga saya dengan kegigihan beliau mengira jumlah botol drip yang ditukar ganti sepanjang tempoh beliau di rawat di hospital di sana.
Seorang pesakit, muda lagi,mendapat demam denggi lalu dimasukkan ke dalam wad dan di beri air drip sebanyak 210ml setiap jam untuk menstabilkan tekanan darahnya yang rendah berasa jengkel dengan rawatan itu.
"Alah, masuk hospital bukan doktor buat apa pun! Bagi air drip saja!! Aku kena denggi lah doktor weyh!!Baik aku balik makan sup ketam dan minum air rebusan daun betik banyak-banyak!!"
Terdapat pelbagai jenis air drip yang di telah diformulasikan kandungannya bersesuaian dengan tujuan penggunaannya.
Secara ringkas, air drip boleh dibahagikan kepada dua kategori:
1. Crystalloids (garam mineral asas)
2. Colloids (air berprotein)
Crystalloids adalah cecair jernih di mana kandungan garam mineral di dalamnya sama dengan beberapa jenis mineral penting di dalam badan manusia namun berbeza dari segi kepekatan.
Contohnya:
-Normal Saline (0.9% Sodium Chloride (NaCl)) untuk dehydration- mengandungi garam Sodium (Na) sebanyak 150mmol/L dan garam Chloride (Cl) 150mmol/L
-Ringers Lactate (Hartmann's Solution) untuk dehydration- mengandungi
Na 131 mmol/L
Potassium (K) 5 mmol/L
Calcium (Ca) 2 mmol/L
Chloride 111 mmol/L
Bicarbonate (HCO3) 29 mmol/L
Terdapat juga Dextrose Solution (mengandungi gula) contohnya Dextrose 10% mengandungi 100g Dextrose (gula) di dalam 1L.
Terdapat juga jenis crystalloids yang mempunyai campuran antara garam biasa dan juga gula pada kadar kepekatan yang tertentu. Contohnya QSD10%
Cecair Colloids pula kebiasaannya berwarna sedikit kekuningan disebabkan kandungan protein di yang terdapat di dalamnya.
Contohnya:
Gelatin- mengandungi
protein sintetik Succinylated Gelatin 40g/L juga
Na 154 mmol/L
Chloride 120mmol/L
Colloids lazimnya digunakan untuk menaikkan tekanan darah yang rendah dan ia berkesan dengan lebih pantas dan tahan lebih lama daripada crystalloids.
Terdapat juga air drip yang berfungsi untuk meningkatkan pengeluaran air dari dalam badan di dalam situasi yang memerlukan contohnya Mannitol 20% yang mana antara kegunaannya adalah untuk mengurangkan tekanan di dalam kepala (contohnya pesakit mengalami pendarahan di dalam kepala (intracranial bleeding) atau bengkak otak (cerebral oedema) akibat kemalangan jalanraya dengan 'menarik' air keluar daripada sel otak lalu untuk keluar daripada badan sebagai air kencing.
Bergantung kepada keadaan klinikal pesakit, air drip yang berkenaan akan diberikan kepada pesakit melalui jarum (branula) yang di masukkan ke dalam salur darah vena (Intravenous) pada jumlah dan kadar yang tertentu. Oleh yang demikian, adalah TIDAK DIBENARKAN bagi para pesakit mahupun pelawat melaraskan kadar air drip pada tahap sesedap rasa anda.
Terlebih laju air drip, antara lain, mungkin boleh menyebabkan Acute Pulmonary Oedema di mana air boleh berkumpul di dalam paru2 lalu menyebabkan sesak nafas dan kekurangan oxygen terutama bagi pesakit yang mempunyai jantung yang lemah (Cardiac failure) atau kegagalan buah pinggang (Renal Failure). Kadar Air drip yang terlalu perlahan pula boleh melambatkan proses pemulihan daripada dehidrasi dan tekanan darah yang rendah (hypotension).
Selain dari itu, air drip yg mempunyai kriteria bebas kuman (sterile) dan isotonic (sama kepekatan dengan darah) juga digunakan untuk:
- mencuci luka samada selepas kecederaan atau pembedahan
- cecair 'pencuci' (irrigation solution) untuk anggota badan yang terdedah kepada racun contohnya mata yang tersembur dengan racun serangga atau racun rumpai
- staff minum (botol mini 10mL) bagi membuka puasa kerana tidak boleh meninggalkan pesakit yang kritikal sedang dirawat atau yang sedang di bedah (berdasarkan kisah betul. Percayalah. Tak sedap langsung.)

Disediakan oleh:
Dr Zurairah
Medical Mythbusters Malaysia (M3)
https://www.facebook.com/MedicalMythbustersMalaysia/posts/1153257571431406

Turun Berat Badan

Alhamdulillah di kurniakan isteri pandai masak. Hari hari saya makan sedap. Tanpa di sedar, berat makin naik. kena ambil langkah untuk mengurangkan berat supaya saya lebih sihat dan dapat menikmati makanan yang di masak oleh isteri. Bermula hari ini saya akan mengurangkan 10 kg pertama. Bermula berat badan 108.8KG