Dengan kebanjiran Kawasaki Z800 yang berharga hampir RM50,000 di jalan raya ini, ada satu pengeluar motor dar China telah memberi tamparan hebat kepada "player" dari Jepun.
Dengan harga yang lebih rendah dan dipasang di kilang Malaysia, Benelli Keeway Malaysia memperkenalkan Benelli TNT600 4 inline. dengan harga RM29,990 sesuai dengan "Rider" baru nak berjinak dengan motor besar. Dari segi enjin, 82Hp diperuntukan dari 4 inline berkuasa membawa rider kemana sahaja. Hanya dengan menukarkan sistem ekzos kepada sistem aftermarket, motor ini akan mengeluarkan bunyi yang sangat menarik hati. Tangki minyak Benelli ini boleh membawa 15 Liter petrol cukup untuk rider dalam perjalanan jauh. Double Disc di bahagian depan dan Single Disc di belakang mampu memberhentikan motor ini tetapi kalau ditambah ABS sistem lagi mantap.
Sistem suspension menggunakan single side untuk belakang dan USD dihadapan. Saya belum dapat menunggang motor ini, tapi saya yakin, Pihak pengeluar akan menjaga kualiti motor mereka. Dari segi penampilan motor ini, bagi saya ia sudah cukup mengancam.
sumber gambar : google.com
No comments:
Post a Comment
Thanks For Your Comments