Kitchen Renovation | Ubahsuai Dapur

Salam, Alhamdulillah rezeki 2017. Setelah 6 tahun membeli rumah yang berusia hampir 30 tahun. Saya dan isteri merasakan elok kita buat sikit bailpulih dan juga ubahsuai. Saya mulakan dengan ubahsuai dapur dahulu. Kerana ia adalah tempat dimana isteri saya menghabiskam banyak masanya memasak hidangan keluarga. Saya pun mencari idea idea yang ada di internet. Tetapi sumber sangat terhad. Dalam mencari dalam intenet terjumpa satu aplikasi bernama Houz. Banyak sangat koleksi gambar ubahsuai untuk menjadi idea kami. Setelah berbincang suami isteri. kami bersetuju dengan tema kelabu (grey). Tugas saya pula mencari beberapa kontraktor untuk menjalankan ubahsuai dapur kami ini. 3 kontraktor melayu yang datang memberi sebut harga. Harga sangat berbeza. Alang alang ubahsuai, kami pun sekalikan pelan ubahsuai bilik mandi dapur berkonsepkan hotel. Akhirnya kami memilih Ridz Empire Construction untuk merealisasikan impian kami berdua. Setelah dipersetujui harga, kami membayar deposit. Projek bermula 10 April 2017. Beberapa keping gambar sebelum projek bermula.


Nantikan update seterusnya!

No comments:

Post a Comment

Thanks For Your Comments